Kehidupan awal Zulkifli Hasan (Malaysia)

Lahir di Tanjong Malim, beliau hidup bersama keluarga penoreh getah di Slim River pada awal hidupnya. Beliau belajar di Madrasah Idrisiah di Kuala Kangsar, dan menamatkan pelajaran sebagai pelajar terbaik tahunan pada 1994.[2]

Beliau kemudiannya melanjutkan pengajian di UIAM dalam ijazah sarjana muda undang-undang, terutamanya undang-undang syariah, dan seterusnya memperoleh ijazah sarjana undang-undang perbandingan di tempat sama. Selepas itu, beliau melanjutkan pelajaran dalam kedoktoran undang-undang di Universiti Durham di United Kingdom, dan tamat dengan doktor falsafah pada 2011.[2]